Tuesday, February 26, 2013

Jalan kaki di China - day 5

ok sekarang dah day 5...
cepat jugak masa berlalu...
wakakaka..(abaikan)

aktiviti kami hari ni: masjid hopper..
hari menjejak masjid-masjid yang terdapat di sekitar bandar Kunming
1, 2, 3, 4,...lepas kira-kira ada 5 buah masjid yang ada di bandar Kunming sahaja..
wow!!
banyak dan sangat berhampiran antara satu sama lain..
dah la banyak, dekat-dekat pulak tu, lagi best, ramai orang kat setiap masjid tu...
(ramai jugak muslim di sini)
kali ni, macam semalam, kami ada tour guide yang terbest iaitu Wawa dan Louis + Aunty (exclusive tour guide)...kali ni Aunty ikut kitorang jalan...sporting sangat....

lupa nak bagitau, hari ni hari jumaat...
peluang kami untuk rasa solat jumaat di sini..yeaa..opss, Alhamdulillah...

sebelum kami mulakan aktiviti, pagi ni kami dok lepak-lepak dulu dekat rumah,
minum-minum, makan-makan, sarapan dulu, borak-borak dengan Pak Jam dan Aunty...
lepas selesai baru kami gerak..

dari hotel, kami naik bas untuk ke 1st masjid.
tak jauh pun, aunty saja bawak kami naik bas sebab dia nak kami rasa naik bas kat China.
tambang dia 1 yuen je...tak jauh pun..sebab apa tak jauh? sila baca sampai habis ye..

masjid pertama kami adalah
masjidYixigong..

tuan blog kat depan masjid..
 kat sini, masjid dia berbeza daripada masjid-masjid yang ada dekat Malaysia.
masjid kat sini bertingkat-tingkat
kat bawah common akan ada restoran halal yang boleh kami makan dengan sesuka hati tanpa ada rasa syak dan wasangka
kat tingkat atas masjid ini dijadikan tempat solat
ada satu tingkat tu khas buat bahagian pentadbiran dan mini muzium
gambar-gambar etnik muslim yang terdapat di China

oleh kerana kami baru sarapan = kami belum lapar lagi = jadi kami jalan-jalan sekeliling melihat aktiviti masyarakat muslim disini..
kat sini kami hanya beli air 'jus papaya'
(air + jelly hitam + kelopak bunga ros kering + gula + ais = macam air cincau/cendol)

selesai berpusing-pusing dekat sini, kami meneruskan perjalanan ke masjid seterusnya iaitu masjid  NanCheng

oleh kerana dah nak masuk waktu zohor, kami memilih untuk solat jumaat disini..
kat sini, muslimat pun turut solat jumaat bersama..
setibanya kami disini, alunan ayat suci al-Qur'an sedang dialunkan
suasana kat dalam masjid
semasa tengah menunggu masuknya waktu, Wawa dan Louis sempat beli makanan kat gerai tepi jalan
apa lagi, kami pun dengan rasa segan dan silu yang dah ditolak tepi, kami pun ngam la skali..
macam kentang goreng spicy yang amat sangat..

sosej daging yang sedap..
kat pintu masuk masjid ni terdapat beberapa gerai makanan ringan yang halal
gerai ni jual air botol, sosej, dan roti
gerai ni pilak jual jeruk (ada jeruk buah2, sayur2, dan kaki ayam..)
selesai solat jumaat, semasa kami mahu keluar, kami diberi sekeping roti oleh pihak masjid disana. setiap yang solat disini pasti akan dijamu dengan roti ini..sedap roti ni..

kami bersama-sama aunty masuk ke dalam pejabat pengurusan untuk berjumpa dengan imam uang berada disana
(lupa nak bagitau, semasa kat dalam dewan solat, inche Akim bertemu dengan imam kat sini dan sempat bertegur sapa...sebab tu la dia ajak kami masuk ke pejabat..imam ni boleh cakap arab jadi kami serahkan dekat inche akim la..heee)
bersama imam Ma Yong
banyak benda yang dia cerita dan kongsi dekat kami..
dia juga sempat bertanya kepada kami tujuan kami datang ke sini (China)
setelah dia mengetahui tujuan kami, dia memperkenalkan kami dengan seorang pensyarah dari University Yunnan yang khusus dalam kajian sejarah.
dia dengan rela hati menghubungi pensyarah tersebut dan mengaturkan pertemuan kami dengan pensyarah tersebut
keputusannya, kami akan datang semula ke masjid ini esok untuk temuramah pensyarah itu..

selesai urusan di masjid ini, perut dah lapar..
muka kami sorang demi sorang mula nak naik meroyan menahan lapar..
jadi, aunty mengambil keputusan untuk membawa kami pergi makan
yeaa!!..
dekat sini ada Kunming Old Street.
tapi kami just lalu sahaja sebab misi utama kami sekarang adalah makan..
masa makan tak elok bercakap..seyes yer..
kali ni kami makan mee
Ya Allah...makanan dia..jika dilihat saiz mangkuk diatas, saiz makanan dia sesuai untuk 2 orang kalau dekat Malaysia...dah la restoran di China tidak menyediakan menu minumam..hanya makanan sahaja ya..
keputusannya, kami semua tak dapat habiskan makanan kami sebab dah tak boleh nak sumbat sangat dah walaupun aku suka makan. hanya inche Akim je yang berjaya habiskan tu pun selepas berhempas pulas menelan makanan itu..fuhh!!..

selesai makan, kami sambung jalan lagi...ingat, baru dua masjid yang pergi..
masjid seterusnya adalah......

(tunggu sambungan la..panjang sangat nak cerita semua kat 1 entry..hehehe)
k bai..

4 comments:

HakimDin said...

Tahniah atas penulisan yang santai. Teruskan menulis ya..

k1n4 said...

tenz...masih mencuba...mohon terus tunjuk ajar ye...

puanninja said...

fuyyooo...

k1n4 said...

amboi...sonok nmpak...puan punya amacam?hehe