Monday, March 19, 2012

suatu ketika dahulu~~


episod kehidupan : suatu ketika dahulu~~

Thursday, March 15, 2012

KAFI 12'


JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI..
JUMPA DISANA!!!

Al-Khauthar~


 
Rahsia Surah Al-Kauthsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday, March 12, 2012

'edutrip @ Perak'

 Assalamualaikum...

kali ni nak stori-mori pasal lawatan ke Perak
yang aku pergi ujung minggu lepas..

trip ni sebenarnya untuk bermesyuarat dengan JKKK
tempat untuk program Baktisiswa.

sebab mesyuarat abis awal, so kami jalan2 la pusing Perak
[pegi Lumut ngn Teluk Intan je]hehe...

trip ni kami [mr. AMIR, Anim, & aku]
bersama-sama telah menggarap pengalaman baru
yang mendebarkan, kuciwa, dan macam2 lagi tapi yang pasti ,menggembirakan...

malas nak menaip panjang2..
so,
enjoy d pics...
(^_^)
ikan 'bulu ayam' untuk ma


menara 'senget'...hhe

p/s: mahu tambah lagi senarai journey aku...

AN 11 ** Convest

 Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Apa khabar?
just nak kongsi pasal malam aprisiasi CONVEST
yang aku pergi..
seronok dapat jumpa balik sebahagian daripada 'mereka'
yang bertanggungjawab mengisi
salah satu ruangan dalam kamus hidup aku...
hehehe...

miss you guyz...



p/s: semoga Allah berkati mereka semua...Amin..

Thursday, March 8, 2012

:: T : I : M : e ::


masa tetap masa...

jika kita anggap ia pedang, kita akan berhati-hati,
jika kita anggap ia emas, kita akan menghargai,
jika kita anggap ia air, kita akan menggunakan,
jika kita anggap ia permainan, kita akan melupakan,
jika kita anggap ia masa lalu, kita akan meninggalkan...

apapun yang kita anggap,
masa tetap masa..

p/s: susun xtvt dengan masa...

Wednesday, March 7, 2012

'T' untuk tua & tauladan


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
 

p/s: bagaimanakah adab kita?yok koreksi diri bersama...

lembu~


LEMBU: Aku makan rumput. Tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. Kita tak sama.
LEMBU: Tuan tidur di mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang. Mana nak sama.

Tiba-tiba kedengaran laungan azan.

LEMBU: Itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU: Tuan tak sembahyang?
LELAKI: Tidak.
LEMBU: Oh, samalah...

~Mana2 Manusia Yang Tak Sembahyang Tuu,Sama Macam Lembu Aar...Fikir2 Kan Laaa Ekk..
 p/s: kredit to Ustaz Azhar Idrus

Sunday, March 4, 2012

life...


“We are what we pretend to be, so we must be careful about what we pretend to be.”
 

----------------------------------------------------------------------------------

 “Don't cry because it's over, smile because it happened.”
 

p/s: mahu tambah kemahiran