Sunday, February 17, 2013

Jalan kaki di China - day 2

sorry guyz...
mood nk taip panjang-panjang dah hilang.
mood menaip tu simpan untuk wat travelog nanti.
ehhee...
..........................................

ok sambung hari kedua..
hari ini kami akan ke Kunming. yeaa!!
 pagi ni kami sempat solat subuh berjemaah di masjid Huaisheng yang sememangnya dekat dengan hotel kami lebih kurang 70 meter sahaja
selesai solat, kami bersiar-siar di dalam kawasan masjid
dalam masjid ini terdapat pejabat pengurusan masjid, asrama muslimin dan muslimat, dan pondok rehat.
kami juga berpeluang untuk tahu lebih lanjut mengenai sejarah masjid Huaisheng dengan melihat dan membaca sejarah yang ditampalkan di dinding sepanjang laluan pejalan kaki yang terdapat di dalam masjid ini.

Setelah check-out, kami melepak secara sopan di dalam perkarangan masjid.
kami bernasib baik kerana dibenarkan untuk berada di dalam masjid sehingga solat zohor
kerana budaya di China agak berbeza daripada budaya di Malaysia.
di sini, para jemaah tidak digalakkan untuk berada lebih lama/ beriktikaf dalam masjid.
sudah menjadi budaya apabila selesai solat, mereka akan terus berdoa dan mengosongkan dewan masjid selesai sahaja solat dan berdoa.

selesai solat zohor, kami terus mencapai backpack masing-masing dan bergerak ke Haizhu square sebab masa keretapi kami masih lambat lagi.
kami bersiar-siar di sekitar taman sahaja dan tidak bergerak jauh kerana masing-masing terpaksa membawa beg masing-masing.

5 jam sebelum waktu keretapi kami dijadualkan, kami bergerak ke Guangzhou Railway Station.

kami memilih untuk bergerak lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah.
setibanya kami di sini, kami terpaksa beratur panjang dengan terik matahari untuk masuk ke dalam stesen.
hanya yang ada tiket sahaja dibenarkan masuk untuk mengelakkan kesesakan.

hampir 1/2 jam kami beratur akhirnya kami berjaya masuk ke dalam stesen.
oleh kerana sudah kepenatan, kami terus mencari kerusi di ruang menunggu untuk berehat.
opss, lupa nak bagitahu kami puasa sunat hari ini. heee. 

 selepas lama menunggu,
buka puasa pun dah (redah makan megi je buka puasa..oh yeaa..)
baca buku pun dah,
akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu
masa untuk naik tren...yea!
so, hari kedua kami berakhir dengan naik tren untuk ke Kunming...
excited sangat walau mata dah tak larat nak angkat kelopak...
jumpa di next post...
kami gerak dulu
selamat malam...
k bye..

0 comments: