Sunday, February 17, 2013

Jalan kaki di China - day 4

day 4...

oleh kerana dah tidur dengan penuh bahagia dan selesa,
kami mulakan pagi kami dengan secawan nescafe
sambil-sambil revise apa nak kena buat hari ni,
Pak Jam dan aunty (isteri pak Jam) datang dengan anak-anaknya = Wawa dan Louis
kami berkenal-kenalan sambil borak-borak tentang aktiviti kami
akhirnya, pak Jam putuskan...
"lepas zohor kamu pergi jumpa kakitangan di Konsulat
(yang terletak di bangunan yang sama tempat kami tinggal),
lepas tu kita pergi makan tengahari,
kemudian kamu bersiap ya.
saya dah sewakan van untuk kamu ke Jinning.
salah seorang staf saya merupakan generasi ke 20 Cheng Ho
nanti dia akan ikut serta.
nati boleh lah kamu tanya soalan pada dia.
nanti anak saya ikut skali."
opss, lupa nak bagitahu...
kami ada bagitahu pak Jam yang kami nak pergi ke Zheng He Park kaji pasal Cheng Ho tapi tak tahu dimana
so, dia provide everything for us
kami terdiam tak tahu nak respon macam mana
bantuannya tak pernah tercapai dek akal kami
terima kasih Pak Jam...



 

so, lepas makan kami mengembara ke Jinning
iaitu satu kawasan perkampungan  yang pernah menjadi kampung Cheng Ho sewaktu dia masih kecil dahulu
perjalanan yang memakan masa selama 1 jam tidak membosankan
kami berpeluang bertanyakan bermacam-macam soalan kepada Ma Ni (generasi ke-20 Cheng Ho)

setibanya kami di kampung ini, 
kami diberi kejutan lagi yang entah kali ke berapa untuk hari ni
kami ditemukan dengan datuk Ma Ni iaitu generasi ke-18 Cheng Ho
mukanya hampir sama dengan Cheng Ho


kami dibawa berjalan-jalan ke Cheng Ho Park exclusive oleh keturunan sebenar Cheng Ho
kami dibawa dan diceritakan setiap apa yang ada di dalam taman ini
dengan kisah-kisah sebenar disebaliknya.
bermacam-macam info yang berjaya kami kutip melalui catatan tangan, rakaman audio, video dan gambar




seronok, memang seronok
tapi masa sudah semakin senja
kami terpaksa pulang ke Kunming
berat hati nak tinggalkan tempat tu kerana merasa belum puas untuk mengorek lebih dalam kisah Cheng Ho
apakan daya ucapan selamat tinggal still perlu diucapkan


sebelum pulang, kami sempat menunaikan solat di masjid yang terdapat berhampiran


selesai urusan, kami pulang..

setibanya di Kunming, kami tidak terus pulang ke tempat penginapan
sebaliknya kami dibawa oleh Wawa dan Louis ke sebuah restoran halal yang terdapat disitu.
rupa-rupanya, Pak Jam dan aunty dah sedia menunggu kami disitu untuk makan malam.
malam tu kami dijamu sepuas-puasnya oleh mereka sekeluarga
(sekali lagi kejutan)




selesai makan, kami semua berjalan pulang ke tempat penginapan
malam ni kami tidak merancang apa-apa aktiviti
melainkan masing-masing perlu menyiapkan catatan perjalanan dan video untuk axtiviti kami sebelum ni
selesai buat kerja, mata dah mengantuk,
kami pun masuk tidur...
esok dah nak masuk hari ke-5 dah...
bye!

0 comments: