Sunday, February 17, 2013

Jalan kaki di China - day 3

sambung hari ke 3..
hari ni kami tak buat apa-apa..
kenapa??
kerana kami masih diatas keretapi untuk ke Kunming
lamanya??
memang lama
berapa jam??
jauh ke??
nak tahu jauh ke tak, kami mengambil masa selama 26 JAM untuk ke Kunming dari Guangzhou
26 JAM??
yup, satu hari lebih diatas keretapi
kami hanya bergerak untuk ke tandas, ambik wudhuk, dan kembali duduk
opss, kami beli tiket tempat duduk dan kerusinya tidak boleh di adjust a.k.a. statik
lenguh ke, sakit pinggang ke, apa ke, kami layan je...
hehe...


oleh kerana hari ni tiada apa-apa aktiviti, kami puasa lagi...
(tengah mood puasa 6 la katakan)
masa kami hanya diisi dengan tidur, baca buku, tengok pemandangan yang sangat best, tidur balik, bangun, tidur, bangun,....berulang-ulang masih tak sampai...



selepas 26 jam dalam ulat besi yang panjang,
akhirnya kami sampai juga di Kunming
walaupun agak lewat malam,
kami gagahkan juga.
alhamdulillah, ketibaan kami disambut oleh En. Faizul (pegawai di konsulat Malaysia di Kunming)
oleh kerana kelaparan yang amat (atas tren tadi buka puasa dengan makan buah dan minum air sahaja),
kami di belanja makan lewat malam oleh en. Faizul


kami dihidangkan dengan masakan mee berkuah yang pedas,
daging kambing bakar,
seafood bakar termasuk menu ikan air tawar bakar
pedas..memang pedas, tapi syok!!
selesai makan sambil bercerita dengan en.Faizul,
kami angkut beg masing-masing untuk cari hotel berdekatan
hampir 7 hotel yang kami pergi namun tiada kekosongan
rezeki kami,
kami berjumpa dengan kenalan en.Faizul iaitu Pak Jam (nama mesra)
lalu dia menawarkan tempat tinggalnya kepada kami
seronok sangat sebab ada yang sudi membantu walau tak pernah kenal pun sebelum ni
oleh kerana tempat tinggal dah dapat,
kami pun terus say hi hi bye bye dengan Pak Jam sekeluarga dan en. Faizul
and then, kami pun tidur...
zzzzzz....

(jumpa di next post. bye)
zZzzZzzzz....

0 comments: