Wednesday, June 29, 2011

RENTAS~

Tarikh: 25-26 jun 2011

"RENTAS, siap. jom"

RENTAS. satu lagi program yang aku pergi. before exam.
program sukarelawan tangkas...

seawal pagi 25hb, aku and d geng bergerak ke tapak program...
Kem Belia Bukit lagong...
itu kali kedua aku sampai kesana...
menarik tempat tu...

disana, aku diajar tentang asas sukarelawan.
macam mane nak jadi sukarelawan,
juga penerangan tentang GPM...
serta perkongsian pengalaman senior...
banyak ilmu dikutip...
petang tu, aktiviti riadhah.,,
masa favourite aku time semua program...
hehehe...
petang tu, kena buat aktiviti abseiling & wall climbing...
abseiling aku orang terakhir untuk grup pertama yang buat...
bukan takut tapi sengaja...
aktiviti ni aku berjaya lakukan...
[bangga] heehee...

aktiviti kedua wall climbing...
percubaan pertama aku berjaya sampai separuh sahaja...
kekuatan otot tangan dah menurun...
tak puas hati punya pasal ak buat kali kedua...
percubaan kedua ak berjaya sampai suku sahaja...
kekuatan otot tangan dan kaki dah lost terus...
hohoho...
buat sementara waktu aku dibiar tergantung atas tali...
pakcik [yang tak pernah kawin dengan makcik aku] tak kasi aku turun...
terasa glamor kejap bila ada yang cuba nak snap gambar
walau pada masa yang sama malu yang amat...
uhuhuhuhu...
hahahaha...

tazkirah maghrib bersama En. Azzam
berkongsi tentang syukur...
[syukur. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah]
berkongsi pasal nikmat
[kalau tak dapat kentut, angin satu badan. jadi kentut tu nikmat]
nikmat tertinggi: hidup sebagai orang ISLAM
juga 4 asas IMAN
[Al-Fakr: tak memiliki apa2. hanya peminjam]
[Al-Ajjaz: tak berkemampuan, lemah]
[Al-Syafaqah: tak ada kejadian yang sia2 daripada Allah]
[Al-Tafakur: semua kejadian ada hikmah dan tidak ada yang kebetulan]


lepas tu, diuji lagi dengan ujian nite walk..
masih seronok walau kantuk sudah terasa..
panggilan nama tidak dibenarkan...
no pengenalan diri: 24
password: hantu bungkus
nite walk kali ni mengambil masa selama 1jam 50 minit...
melalui kawasan denai, anak sungai, jalan lori balak, perkampungan orang asli
jalan yang naik turun, menarik...
selepas rehat 2 jam, pukul 4 dah kena bangun
aktiviti kajian kes akan diteruskan...
mulanya aku rasa agak sengan bila nk kena menggunakan kuasa otak pepagi buta
tapi bila dah jalan aktiviti,
tak de la rase sengal pun...cuma awal2 tu je blur...
hahaha...
grup aku kena bincang macam mane nak bawak
misi bantuan kecemasan [khemah, makanan & pakaian]
grup aku adalah kumpulan yang paling lama ditembak...
tapi seronok....hehehe
program ni abis dengan sesi penyerahan sijil oleh En. Asri
sebagai bukti kami dah menerima latihan asan sukarelawan
dan tergolong dalan ahli kumpulan RENTAS

Tuesday, June 28, 2011

Live, Laugh, Love


Live every moment
Laugh everyday
Love beyond words

Live well
Laugh often
Love much

Live life
Laugh lets
Love forever

Live your life at its fullest
Laugh at all the things that don't matter
Love with all you have and more

Live like there's no tomorrow
Laugh every chance you get
Love everyone you meet

p/s: just LIVE your life with LAUGH and LOVE......

Thursday, June 23, 2011

ilmu...

REPUTASI KATA IBARAT KACA SENANG DIHANCURKAN TETAPI SUKAR UNTUK MEMPERBAIKINYA

ILMU ADALAH KUASA

- Francis Bacan.

dengan ilmu, manusia jadi celik...
dengan ilmu, manusia menjadi tahu...
tahu akan perkara yang belum diketahui...
dengan ilmu, manusia jauh dari kejahilan...
dan dekat dengan kehidupan...
dengan ilmu, segalanya akan sempurna...
dengan ilmu juga manusia dapat melakukan banyak perkara...

berilmu boleh membantu manusia maju...
juga berjaya...

bukan senang nak jadi senang...
dan bukan susah nak menjadi susah...

hidup ini sementara...
jadikanlah ia penuh bermakna...
jaga diri, hiasi peribadi...

Wednesday, June 15, 2011

Umar bin Khattab, pemerintah yang zuhud


Beberapa kali Abdurrahman bin Auf menyaksikan Umar solat di rumahnya. Yang menarik perhatiannya, bukanlah tata cara solatnya, tetapi sajadah yang biasa digunakan Umar. Seorang ketua negara dengan wilayah kekuasaan yang membentang luas sampai Mesir, berhasil mengalahkan dua imperium besar, Romawi Timur dan Persia solat di atas sajadah yang usang. Timbul rasa bersalah dalam hati Abdurrahman. Ia ingin membelikan sajadah baru yang mahal dan indah untuk sang Amirul Mukminin.
Tetapi, Abdurrahman ragu, apakah Umar mahu menerimanya. Dia tahu persis watak Umar yang tidak mahu diberi hadiah apa pun walau hanya selembar sajadah.

Abdurrahman akhirnya memberikan sebuah sajadah melalui isteri Umar, Ummu Abdillah. Melihat sajadah baru, Umar memanggil isterinya dan menanyakan siapa yang memberi sajadah ini. "Abdurrahman bin Auf," jawab isterinya. "Kembalikan sajadah ini kepada Abdurrahman. Saya sudah cukup puas dengan sajadah yang saya miliki." Begitulah watak Umar bin Khattab. Tidak hanya adil dan bijaksana, beliau dikenal dengan sifat zuhudnya, hidup sederhana. Tidak hanya untuk ukuran seorang pemerintah negara, bahkan bagi orang biasa sekalipun.


Suatu hari, Umar melakukan kunjunganke kawasan yang berada di bawah kekuasaannya. Gabenor menjamu Umar makan malam dengan jamuan yang istimewa, sebagaimana lazimnya perjamuan untuk ketua negara. Umar kemudian bertanya kepada sang gabenor, "Apakah hidangan ini adalah makanan yang biasa dinikmati oleh seluruh rakyatmu?"

Dengan gugup, sang gabenor menjawab, "Tentu tidak, wahai Amirul Mukminni. Ini adalah hidangan istimewa untuk menghormatimu." Umar lantas berdiri dan bersuara keras, "Demi Allah, saya ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya. Setelah seluruh rakyat dapat menikmati hidangan seperti ini, baru saya akan memakannya." Itulah sifat Umar bin Khattab, seorang pemerintah negara yang zuhud.

Di lain kesempatan, sehabis solat zuhur, Umar meminta selembar permadani Persia yang indah untuk dibawa pulang ke rumahnya. Tentu saja, hal ini membuat para sahabat hairan. Hari itu, Umar bin Khattab membahagi harta rampasan perang yang dibawa oleh pasukan Sa'ad bin Abi Waqqash yang berhasil menaklukkan Kota Madain, ibu kota imperium Persia kepada semua rakyatnya. "Bagaimana pendapat kalian, jika permadani ini aku bawa pulang ke rumahku?" Gembira bercampur kaget, para sahabat tergopoh-gopoh menyetujuinya. "Tentu saja wahai Amirul Mukminin, kami setuju sekali anda membawanya pulang."

Ketika tiba waktu asar, Umar membawa kembali permadani tersebut. Kali ini, permadani itu sudah dipotong menjadi kepingan kecil, dan Umar membahagikan kepada beberapa sahabatnya. Dengan senyum, Umar berkata, "Hampir saja saya tergoda oleh permadani indah ini." Masya Allah, begitulah Umar, sang pemerintah negara.

Wednesday, June 1, 2011

rumahku...tempatku...


“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu tiang serinya adalah agama”

Buku:Tuhan manusia

Rumahku, syurgaku

Aku berlindung di rumah itu daripada panas dan hujan

Rumah itu tersimpan berjuta rahsia disebaliknya

Rumah itu merupakan budaya bagi penghuninya

Rumah itu ada tiang seri agamanya yang cukup kuat

Rumah itu tak akan musnah dek kejahilan sekeliling

Rumah itu kuat dengan ikatan ukhuwah penghuninya

Rumah itu akan terus begitu kerana...

Rumah itu ada semua kenanganku

Rumah itu dalam ingatanku

Rumah itu segalanya bagiku


p/s: aku rindu akan rumahku...

mood: nak balik....