Saturday, February 16, 2013

Jalan kaki di China - day 1

Kembara kali ini adalah kembara ke China. Destinasi yang dipilih adalah ke Guangzhou dan Kunming. Kembara kali ni bersama-sama 3 lagi sukarelawan muda Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) iaitu inche Hakim, puan Hdariyani, sis Arina, dan aku. tujuan utama kembara kali ni adalah untuk mengkaji sejarah dan kisah Laksamana Cheng Ho untuk perkongsian bersama walaupun agak lewat serta melihat cara hidup masyarakat Islam di sini disamping melakukan kerja sosial.

kembara kami tiba agak lewat malam. setibanya kami di sini, tak ada aktiviti yang kami boleh lakukan melainkan mencari tempat penginapan yang berhampiran. Oleh kerana kami tidak mempunyai khidmat pemandu pelancong dan pergi atas tiket backpackers, kami cuba untuk faham senario di sini untuk kemudahan kami.

kembara kami dimulakan pada keesokan paginya dengan beberapa agenda iaitu:
1) pergi ke Konsulat Malaysia di Guangzhou
2) melawat masjid Huaisheng
3) membeli tiket keretapi untuk ke Kunming
suasana di dalam subway

papan info yang sangat membantu
selesai proses check-out, kami bergerak ke stesen subway yang terdekat dengan tempat penginapan kami. kami memilih untuk menaiki subway untuk ke pejabat konsulat Malaysia yang terletak di bangunan CITIC Plaza kerana ianya sangat mudah dan selesa. kami tidak mengalami banyak masalah untuk menaiki subway kerana sistemnya yang hampir sama dengan perkhidmatan lrt yang terdapat di Malaysia.
CITIC Plaza

selesai urusan di Konsulat, kami bergerak ke masjid Huaisheng yang terletak di Ximenkou. skali lagi kami memilih subway untuk bergerak. setibanya di Ximenkou, kami terus mencari masjid Huaisheng dan menunaika solat. kami tidak bercadang untuk berada lebih lama kerana kami akan kembali lagi ke sini untuk membuat kajian. selesai solat, kami memilih untuk menginap 1 malam di hotel berhampiran masjid ini sebelum ke Kunming.
Masjid Huaisheng

seorang masyarakat muslim disini membantu kami memakai pakaian solat yang terdapat di masjid Huaisheng
Pintu masuk Masjid Huaisheng
selesai urusan check-in dan makan di restoran halal berhampiran, kami bergerak ke Guangzhou Railway Station untuk membeli tiket keretapi untuk ke Kunming. Kami mengambil masa selama 45 minit hanya untuk membeli tiket. keadaan yang agak sesak dan panas membuatkan kami tidak betah untuk duduk lebih lama disini. selesai membeli tiket, kami terus pulang oleh kerana hari sudah semakin malam. 

inche Hakim sedang membeli tiket keretapi untuk kami

setibanya di tempat penginapan, kami terus merehatkan diri dan memilih untuk berada di hotel sahaja.

2 comments:

mdnasiridris said...

Assalaamu'alaikum

Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.

Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.

Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا