Friday, December 27, 2013


Wednesday, December 11, 2013

khas buat geng HIDEX '13


jangan mengeluh!!!


berjuang ni penat kan..?
(pufff)

tapi penat tu la manisnya
tak percaya,
Jom berjuang pada jalan-Nya...
pasti akan rasa manisnya yang tak membahayakan langsung pada diri, sekeliling dan yang sewaktu dengannya....

Sunday, December 8, 2013

'100 kata-kata sanjungan'


"Sejak terciptanya alam ini,

Tuhan telah melantik seseorang,

seorang Rasul yang hebat,

dari barat telah dilahirkan,

Baginda menerima wahyu agung,

Kitab mengandungi 30 zujuk,

bagi membimbing seluruh makhluk,

ketua kepada seluruh pemerintah,

pemimpin yang paling suci,

dengan sokongan dari Syurga,

bagi melindungi negara naungannya,

dengan solat 5 waktu,

dengan hikmah mencari ketenangan,

hatinya ikhlas kerana Allah swt,

memberi kekuatan kepada yang miskin,

menyelamatkan mereka dari sengsara,

melihat apa yang tidak nampak,

menarik jiwa dan roh,

menjauhi perkara yang dilarang,

rahmat kepada sekalian alam,

menyusuri kemegahan jalan silam,

memadam jauh segala kejahatan,

agamanya suci dan benar,

Muhammad(saw) terpuji dan teragung.

Wednesday, December 4, 2013

exam fever??

 
 
 
Assalam..
 
exam fever??
is it true??
I don't think so..
but 1 thing for sure,
this is my last final exam for completing my degree on political sciences
& after this, I'm going to .......
(actually still in 'blur'alization...help me...seriously need help..)
 
My mom, dad, sis, & yang sewaktu dengannya suggest:
"sambung..ambik master terus..tak payah tangguh2.."
 
me:
still in dilemma
"study or work"
 
papehal, face this final first, and follow the flow..maybe..
 
 
p/s: really need guide T_T


Sunday, December 1, 2013


Wednesday, November 27, 2013

Bangun + pakai selipar + jalan = khidmat padaNya



Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan

-Syair Imam Syafie-


____________________________


* ok..serious memang nak mengembara..bagilah panduan, jalan, ruang dan yang sewaktu dengannya untuk mengembara...serious nak mengembara....ini serious ok....betul-betul serious....ok done..serious!!

Tuesday, November 26, 2013


Thursday, November 14, 2013

Mahu sentiasa cool ok...


Monday, November 11, 2013

Seriously...


Hai ^_^


Thursday, October 3, 2013

kena sebijik, 2 bijik, 3 bijik,..........


p/s: lihat pada bait bukan pada alunan. amaran dan peringatan buat semua. kbai

Makna yang sangat mendalam...


bungkus semua...

bagi semua...

ambik semua....

p/s: seakan ada sedikit sinikal di situ...hehehe..peace yo..

Tuesday, September 10, 2013

Jalan kaki @ Kelantan...

Suatu hari,....
bawa tetamuku jejalan di beberapa tempat yang wujud di
negeri Cik Siti Wan Kembang...

Aktiviti 3 hari 3 malam bersama ke....

Patung tidur terbesar di Asia,
bandar Kota Bharu,
kebun kecil belakang rumah,
& lain-lan lagi....

dan sempat makan...
 & macam-macam lagi...

credit to: cik nam_cayo2 sebab sudi menginap di rumahku...


p/s: sorry tak banyak tempat dapat bawak berjalan...lan kali teman bawak pegi tempat lain pulak ya...(^_^)

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan kareem....


Thursday, May 30, 2013

pic + word


Jangan marah ye..

Assalamualaikum semua...

terlebih dahulu izinkan aku memohon maaf
andai aku dilihat
sombong, penting diri, mula senyap, kurang ke'betul'an,
atau mungkin
terlebih ramah, ceria melampau, talkative yang tak blh nak berenti tetiba,
dan apa-apa simptom sahaja yang sewaktu dengannya yang dilihat ada pada ku...
mohon maaf bebanyak ye..
mohon jangan marah dan berkecik hati
lepas ni semua akan kembali normal..
InsyaAllah...
 lastly, doakan aku mampu ye semua (diri sendiri pun kena berdoa jgk)

nice day...

Sunday, May 26, 2013

Jalan kaki @


snap-snop photo here...

get ready to read Qur'an...

 
Majlis Khatam Al-Qur'an beramai-ramai di Masjid Besi

 belia di sini...

'duit' makan minum sepanjang disana....

jalan-jalan yuk..

kawin reramai...

tetap akan gigih walau terpaksa 'tidur' dalam kereta...wah

eh kuar paper la...guess where am I...hahaha..
[poyo bebenor..]

Tuesday, May 21, 2013

contengan.....


Wednesday, May 1, 2013

WhO Moved My Cheese??....

Tulisan di dinding:

Perubahan Sentiasa Berlaku
perubahan menyebabkan keju beralih

Menjangka Perubahan Berlaku
bersedia apabila keju beralih

Memantau Perubahan
jikalau kita sering menghidu keju, kita tahu bila ia rosak

Berubah
beralih seiring dengan keju

Menikmati Perubahan!
nikmati proses perubahan dan rasa keju baru

Bersedia Untuk Berubah Secepatnya dan Nikmati Perubahan Tanpa Henti
perubahan menyebabkan keju beralih

Sebuah Cerita

WHO MOVED MY CHEESE ?
====================

Memiliki KEJU
menyebabkan kita Gembira.
............................................

Semakin penting KEJU itu kepada kita,
Semakin kuat kemahuan kita untuk memiliki Ia.
.............................................

Sekiranya kita enggan berubah,
kita akan pupus.
...............................................

Jikalau kita sering menghidu KEJU,
kita tahu bila ia rosak.
..............................................

Pergerakan menuju ke arah baru
membantu kita mendapat KEJU baru.
............................................

Apabila kita berhenti berasa takut,
kita berasa senang hati!
...............................................

Membayangkan diri menikmati KEJU Baru
menuntun kita kepada KEJU tersebut.
...............................................

Semakin cepat kita melepaskan KEJU Lama,
Semakin cepat juga kita menemukan KEJU baru.
................................................

Lebih selamat mencari di daerah Maze
berbanding menunggu dalam situasi ketiadaan KEJU.
..............................................

Kepercayaan Lapuk tidak akan menuntun kita
kepada KEJU baru.
...............................................

Apabila kita menyedari yang kita berhak mencari dan mnikmati KEJU baru,
kita menukar haluan.
..............................................

Melihat perubahan kecil sejak awal
dapat membantu kita beradaptasi dengan perubahan besar yang mendatang.
..............................................

Beralih seiring dengan KEJU
dan menikmati proses peralihan itu!



p/s: daerah Maze - tempat/komuniti.perhubungan yang kita miliki
      keju - apa yang diingini dalam hidup

Saturday, April 20, 2013

mahu.....




seriously, mahu.............

p/s: kenangan unggun

Sunday, March 31, 2013

3rd Prince Charming in the house~


3rd Prince Charming...
Mohd Rauf Umar
Semoga kehadiranmu menguatkan lagi ukhuwah kita sekeluarga.
semoga kami mampu mencorakkan mu dengan warna-warna yang bahagia...
(>_^)

Kena dah~


aku tak kesah pun gemuk...janji aku happy and tak susahkan orang

............................................

balik kampung,
Ma: kenapa Ma tengok anak Ma makin gemuk?
Along: Nah, tak control makan ko?
Abah: 'besar' la Abah tengok anak Abah loni..hehehe
Aalya: su makin gemuk la..
tukang jahit: makin bertambah inci...(sambil berseloroh..)

.................................................

ok..reality memang tersentap and terasa..

masih buat cool dengar semua tu...

................................................

suatu hari, sewaktu sedang bersantai bergelak ketawa dengan Aalya, Afif, Iskandar, dan semua konco-konconya, tiba-tiba.....


Along: Nah, minum ni..bagi kurang sikit...
aku: ............................er, baik long...(syhh..)
ma: ha minum tu. tapi jangan start kat rumah. makan nasi dulu, pergi uia baru start.(mood:jokin)

............................................

*tak de pilihan. kena habiskan sebelum pulang dengan mencuba membawa hasil yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang sedang berada di rumah sekarang..
InsyaAllah...

(tak suka minum susu..soya ok..)

Saturday, March 9, 2013

Rapuh~~


Friday, March 8, 2013

Tanya sama itu Hud Hud~


berikan ku kesempatan akhir ini,
lai lai lai lai lai.....

p/s: geng, thanks for today. terima kasih sudi ciptakan kenangan bersama lagi... :D

Tuesday, February 26, 2013

Jalan kaki di China - day 5

ok sekarang dah day 5...
cepat jugak masa berlalu...
wakakaka..(abaikan)

aktiviti kami hari ni: masjid hopper..
hari menjejak masjid-masjid yang terdapat di sekitar bandar Kunming
1, 2, 3, 4,...lepas kira-kira ada 5 buah masjid yang ada di bandar Kunming sahaja..
wow!!
banyak dan sangat berhampiran antara satu sama lain..
dah la banyak, dekat-dekat pulak tu, lagi best, ramai orang kat setiap masjid tu...
(ramai jugak muslim di sini)
kali ni, macam semalam, kami ada tour guide yang terbest iaitu Wawa dan Louis + Aunty (exclusive tour guide)...kali ni Aunty ikut kitorang jalan...sporting sangat....

lupa nak bagitau, hari ni hari jumaat...
peluang kami untuk rasa solat jumaat di sini..yeaa..opss, Alhamdulillah...

sebelum kami mulakan aktiviti, pagi ni kami dok lepak-lepak dulu dekat rumah,
minum-minum, makan-makan, sarapan dulu, borak-borak dengan Pak Jam dan Aunty...
lepas selesai baru kami gerak..

dari hotel, kami naik bas untuk ke 1st masjid.
tak jauh pun, aunty saja bawak kami naik bas sebab dia nak kami rasa naik bas kat China.
tambang dia 1 yuen je...tak jauh pun..sebab apa tak jauh? sila baca sampai habis ye..

masjid pertama kami adalah
masjidYixigong..

tuan blog kat depan masjid..
 kat sini, masjid dia berbeza daripada masjid-masjid yang ada dekat Malaysia.
masjid kat sini bertingkat-tingkat
kat bawah common akan ada restoran halal yang boleh kami makan dengan sesuka hati tanpa ada rasa syak dan wasangka
kat tingkat atas masjid ini dijadikan tempat solat
ada satu tingkat tu khas buat bahagian pentadbiran dan mini muzium
gambar-gambar etnik muslim yang terdapat di China

oleh kerana kami baru sarapan = kami belum lapar lagi = jadi kami jalan-jalan sekeliling melihat aktiviti masyarakat muslim disini..
kat sini kami hanya beli air 'jus papaya'
(air + jelly hitam + kelopak bunga ros kering + gula + ais = macam air cincau/cendol)

selesai berpusing-pusing dekat sini, kami meneruskan perjalanan ke masjid seterusnya iaitu masjid  NanCheng

oleh kerana dah nak masuk waktu zohor, kami memilih untuk solat jumaat disini..
kat sini, muslimat pun turut solat jumaat bersama..
setibanya kami disini, alunan ayat suci al-Qur'an sedang dialunkan
suasana kat dalam masjid
semasa tengah menunggu masuknya waktu, Wawa dan Louis sempat beli makanan kat gerai tepi jalan
apa lagi, kami pun dengan rasa segan dan silu yang dah ditolak tepi, kami pun ngam la skali..
macam kentang goreng spicy yang amat sangat..

sosej daging yang sedap..
kat pintu masuk masjid ni terdapat beberapa gerai makanan ringan yang halal
gerai ni jual air botol, sosej, dan roti
gerai ni pilak jual jeruk (ada jeruk buah2, sayur2, dan kaki ayam..)
selesai solat jumaat, semasa kami mahu keluar, kami diberi sekeping roti oleh pihak masjid disana. setiap yang solat disini pasti akan dijamu dengan roti ini..sedap roti ni..

kami bersama-sama aunty masuk ke dalam pejabat pengurusan untuk berjumpa dengan imam uang berada disana
(lupa nak bagitau, semasa kat dalam dewan solat, inche Akim bertemu dengan imam kat sini dan sempat bertegur sapa...sebab tu la dia ajak kami masuk ke pejabat..imam ni boleh cakap arab jadi kami serahkan dekat inche akim la..heee)
bersama imam Ma Yong
banyak benda yang dia cerita dan kongsi dekat kami..
dia juga sempat bertanya kepada kami tujuan kami datang ke sini (China)
setelah dia mengetahui tujuan kami, dia memperkenalkan kami dengan seorang pensyarah dari University Yunnan yang khusus dalam kajian sejarah.
dia dengan rela hati menghubungi pensyarah tersebut dan mengaturkan pertemuan kami dengan pensyarah tersebut
keputusannya, kami akan datang semula ke masjid ini esok untuk temuramah pensyarah itu..

selesai urusan di masjid ini, perut dah lapar..
muka kami sorang demi sorang mula nak naik meroyan menahan lapar..
jadi, aunty mengambil keputusan untuk membawa kami pergi makan
yeaa!!..
dekat sini ada Kunming Old Street.
tapi kami just lalu sahaja sebab misi utama kami sekarang adalah makan..
masa makan tak elok bercakap..seyes yer..
kali ni kami makan mee
Ya Allah...makanan dia..jika dilihat saiz mangkuk diatas, saiz makanan dia sesuai untuk 2 orang kalau dekat Malaysia...dah la restoran di China tidak menyediakan menu minumam..hanya makanan sahaja ya..
keputusannya, kami semua tak dapat habiskan makanan kami sebab dah tak boleh nak sumbat sangat dah walaupun aku suka makan. hanya inche Akim je yang berjaya habiskan tu pun selepas berhempas pulas menelan makanan itu..fuhh!!..

selesai makan, kami sambung jalan lagi...ingat, baru dua masjid yang pergi..
masjid seterusnya adalah......

(tunggu sambungan la..panjang sangat nak cerita semua kat 1 entry..hehehe)
k bai..

Friday, February 22, 2013

be your best self

I may not be the strongest
I may not be the fastest

But I'll be damned
If I'm not trying my hardest...


hidup perlulah berbakti
walau tidak dipuji...

p/s: I'll try my best to be what you and you and you want me to be but I'll do it with my style...