Friday, August 13, 2010

Jumpa lagi...

"selamat Jalan Ma...Selamat malam abah...Semoga selamat pergi,selamat beribadat dan selamat kembali"

gitula lebih kurang ayat A.d.i.k lafazkn kat abah dan ma masa a.d.i.k hantar mereka kat klia...
sedih memang sedih bila fikirkan a.d.i.k nak kena raya tanpa mereka berdua...
tapi apa boleh buat...
dah ni yang berlaku...
a.d.i.k terpaksa terima je l...
hehehehe...

masa antar ma dan abah kat klia ari tu,
a.d.i.k pegi sorang2...
abah tanya datang dengan sapa..?
a.d.i.k cakap a.d.i.k datang sorang2...
abah tak wape suka a.d.i.k datang sorang2 tapi abah senyap je...
abah dah taw perangai anak dia sorang ni...
hehehe...

masa pegi sana,
ramai sangat orang nak pegi buat umrah...
a.d.i.k rasa macam nak pegi jugak...
nampak seronok sangat...
a.d.i.k terus simpan angan2...
semoga a.d.i.k dapat pergi ke sana jugak...
ameen...

masa ma dan abah dah nak masuk ke balai berlepas,
a.d.i.k salam dengan mereka...
masa tu a.d.i.k rasa macam nak hujan je kat dalam klia tu..
tapi a.d.i.k tahan gak...
x nak bagi ma dan abah tengok...
dan
alhamdulillah a.d.i.k berjaya...
weeee...

tapi bila ma dan abah dah masuk,
diorang dah tak tengok dah kat a.d.i.k...
bagaikan a.d.i.k tak ada kat situ...
a.d.i.k sedih...
tapi,
a.d.i.k sedar yang ma dan abah tak nak rasa sedih tinggalkan a.d.i.k...
lepas mereka masuk a.d.ik pun balik...

tadi along call...
dia cakap tadi abah call dia...
a.d.i.k tanya along...
"nape abah tak call a.d.i.k?"
along cakap..
"abah baru sampai..dia tak sempat l tu...nati dia call l kamu.."
a.d.i.k pun cuba pahamkan ati a.d.i.k...
arap2 abah call..
a.d.i.k harap dapat wish besday kat ma ari ni..
dan besday abah besok...

SELAMAT HARI LAHIR
BUAT
MA & ABAH...
semoga sihat selalu...
murah rezeki...
dan ceria selalu...
ameen...

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

DI MANA RAMADHAN KITA

Sungguh menghairankan.

Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi SAW sendiri yang memberitahu mengenainya:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Soalnya, bagaimanakah kefahaman kita tentang hal ini?

Umpamakan syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitan. Namun, bagaimana pula dengan yang mampir kepada anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang geram tertambat? Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin lebih serius kerana anjing sedang kemarahan.

Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sebutan Nabi SAW pada sepotong hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Ramadhan mengurangkan potensi syaitan.

Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?

Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri.

“Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?” (Al-Jaatsiyyah : 23)

Maka selepas pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan, dan sudah cukup susahkah jalan kejahatan?

Selepas segala kemudahan diberi untuk manusia berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan… siapa lagi yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri?

Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat.

Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah Tuhannya, maka kejahatan di bulan Ramadhan juga akan dibalas secara eksklusif oleh Dia.

Soalnya, di manakah syaitan ditambat? Soalnya di manakah anda bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan bertandang? Atau di tempat turunnya rahmat Allah pada zikir dan munajat?

Hati-hati semasa melangkah. Ingatlah lorong dan liku Jalan Taqwa pesanan Ubai kepada Umar.


~Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya...ameen..

Monday, August 2, 2010

sedih dan gembira

Assalamualaikum...

kembali lagi untuk menyapu sarang labah2 yang tengah bersarang kat blog ni...
weeee....

minggu ni a.d.i.k sedih sangat2 tapi dalam masa yang sama a.d.i.k bersyukur sangat...
nak tahu knapa??
jengg jengg jengg...

a.d.i.k sedih sangat sebab atuk a.d.i.k tengah sakit sekarang...
semalam baru lepas operate dari pukul 7.30 malam sampai pukul 1.30 pagi,....
alhamdulillah pagi tadi abah call cakap atuk selamat...
syukur sangat2 sebab atuk selamat...
saaayaanggg atuk...
weekend ni nak balik sangat2 sebab nak jumpa atuk...
tunggu a.d.i.k ye che'....

tapi.....

ada sebab lain yang membuatkan a.d.i.k nak sangat2 balik rumah ujung minggu ni...
hehehe...

sebetulnya a.d.i.k sedih tapi sekarang a.d.i.k cuba terima kenyataan...
ari tu along call a.d.i.k bagitau...
ma dan abah tak akan puasa dan raya kat sini...
uhuhu...
ma dan abah nak pergi puasa kat mekah....
mungkin raya ke 6 baru balik ke sini...
nampak gayanya a.d.i.k berpuasa dan beraya tanpa ma dan abah l kali ni,...
along kata itu cabaran untuk a.d.i.k....
a.d.i.k sahut cabaran along...
hoyeahh...

okey l...a.d.i.k berenti dulu l...
next time a.d.i.k sambung lagi ye...
weeeeee......

assalamualaikum...