Wednesday, May 30, 2012

now I found it...


sudah lama mencari akhirnya ketemu...
this is special gift for you, abah...
hope you like it... (^_^)

Monday, May 28, 2012

makan@ Seoul Garden~

bismillahirrahmanirrahim...

sekali lagi mahu kongsi cerita...
yang berlaku dalam musim exam...
hehe..

tadi, buat pertama kalinya aku ke Seoul Garden...
untuk celebrate birthday seorang sahabat
bersama-sama sahabat2 aku yang lain...
kami makan sampai lebam...





geng EMAS-TW...

p/s: Happy birthday amirul...May allah bless you...

Himpunan Jutaan Belia: +/-?

Bismillahirrahmanirrahim...

sudah lama tidak berkongsi cerita...
macam-macam sudah berlaku...
  just nak kongsi cerita..
hari tu walau bakal nak exam,
aku masih sempat escape ke Himpunan Jutaan Belia...
bukan kempunan tapi sekadar mahu lihat suasana...
itu pun pergi hanya sekejap...
aku bukan ingin meng'komen'...
cuma bagi aku,
ianya tidak seperti yang aku fikirkan...
banyak lagi yang mereka boleh & patut buat disana...
itu sahaja...


p/s: may Allah bless all...amin..

Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman BAKSIS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Kali ni just nak share story pasal pengalaman sepanjang program Baksis dekat Kg. Sg. Dulang Dalam, Perak anjuran PKPIM UIAM Gombak dgn kerjasama KPIP dan BEDSA. Ni program pertama baktisiswa yang aku ikut. pada mulanya sekadar mencari pengalaman namun akhirnya jatuh cinta dan kasih pada program ini.

 Program berlangsung selama 3 hari dan 2 malam bersama keluarga angkat. aku menjadi anak angkat kepada keluarga yang sangat sporting. Program bermula apabila kami selamat sampai di kampung itu pada jam 4.30 petang (lewat 1 jam setengah). turun je dari bas, kami diarak ke tempat program dengan kumpulan kompang dan bunga manggar rasa macam diarak kenduri kawin je. Majlis perasmian dimulakan dan selesai dengan upacara penyerahan anak angkat. enjoy sangat. selesai majlis, aku sempat bertemu dengan para ibu dan beberapa ahli jkkk kampung itu. sangat mesra. aku pulang mengikut keluarga angkat ke rumah mereka. seronok. ada ayam dan bek-bek (itik)....malam tu ada tayangan video crita hafalan shalat delisa...tapi sebelum tu, kami disediakan 'barongan' (main hantu2)....menarik dan memenatkan sebab dok tahan cuak sambil gelak...'hantu' siap masuk masjid lagi sebab nak kejar budak2...aku pun termasuk golongan yang 'kena kacau' dek antu2 tu...hahaha...jam 12, bapak ajak balik...sampai rumah, sambung menyembang sampai pukul 2 pagi tapi aku tarik diri pukul 1.30 lagi sebab dah tak tahan...basuh muka dan kaki, jumpa katil terus selamat...cas tenaga untuk esok..

Hari seterusnya, aku sempat bersarapan dengan keluarga dulu sebelum keluar...pagi tu ada 3 seminar dan 1 pertandingan mewarna...aku dapat bahagian memasak (langsung tak terlibat dengan program2 tu...) tengahari sebab menteri pertahanan Malaysia datang melawat program kami...habis semua orang aku panggil mak dan bapak...hahaha...selesai makan tengahari, kami ada gotong-royong...aku skali lagi bergotong-royong dekat dapur masak untuk makan malam...hahaha...selesai gotong-royong, ada sukan rakyat...seronok sangat....macam2 permainan kami main...selesai main, kami semua balik ke rumah untuk berehat dan bersiap untuk ke forum malam tu pulak..kat rumah, aku sempat masuk ke 'kandang' ayam teman bapak bagi makan....malam tu, selepas makan malam dekat rumah, kami pergi ke forum...tajuk forum tu 'keluarga sakinah'...hehehe...selesai je forum tu, bapak ajak balik...kat rumah, tepat jam 12, kami sambut hari ibu...siap ada kek lagi yang kak fiza beli...meriah sangat...makan3 sampai pukul 1 aku masuk tido...

Hari last, pagi tu aku bangun awal sebab ada aerobik...selesai aerobik, kami ke masjid tok sarapan dan disambung dengan xtvt ziarah orang kampung....selesai ziarah, kami semua dibenarkan bersama keluarga masing2 sebelum balik...masa tengah lepak dengan famili, tiba2 mak bagi hadiah...terharu...uhu...majlis penutup mula pada jam 2.30 ptg...selesai majlis penutup, masa nak naik bas, sebak sebab tengok mak nangis...tak tahan dah aku pun terus naik bas cepat2...

kumpulan kompang
Barongan
cepe-cepe
mereka...
mak dan bapak...
 
bapak jaziri...



sampan darat...

gotong-royong memasak...
masak-masak time...

slot bersama Menteri Pertahanan
my adik..


panah lalang...

kanak-kanak...
pancing botol by kaum ibu

sambut hari ibu dengan mak...

selamat hari ibu...


ziarah kampung...
daripada mereka...
jumpa lagi ye mak, bapak, adik, dan semua yang mengenali diri ini....ada rezeki kita jumpa lagi ye...

Monday, May 7, 2012

kerja~

Bismillah...

kali ni aku perlu bekerja lagi...untuk keluarga juga untuk diriku...ujung minggu lepas aku terpaksa melepaskan peluang untuk bersama2 sahabat seperjuangan ku untuk ke tamrin yang diceritakan betapa menarik dan seronok dan gembira dan macam2 lagi kata memuji...namun, keluagra aku telah hadir dulu dan aku juga mahu wala pada mereka...jadi, aku memilih untuk bekerja untuk keluarga aku...keja?? asalnya aku pulang tanpa mengetahui reason aku balik..aku balik kerna disuruh balik...jadi aku balik...bila balik, baru ku tahu, sepanjang 3 hari aku bercuti, itulah tempoh yang perlu aku bekerja...itulah mata pencarian keluarga aku sekarang...mana mungkin aku tidak hiraukan...aku juga perlu bersama mereka...dan aku juga gembira bersama mereka...

sebahagian lakaran kegembiraan kami...
tembikai susu a.k.a honeydew...sodapp

rock melon...best...
tembikai kuning...

tembikai cina a.k.a timun meroh...

'timun' betik yang dipegang oleh model terjun...best dimakan dengan gula pasir/gula melaka/susu manis

pengutip...

juga pengutip kami...

antara hasil dan sebab kepenatan kami...berbaloi...

p/s: kepenatan selama hampir 3 bulan berbalas...Alhamdulillah...terima kasih ya Allah...

gaya saya...

gaya saya
cuba buat churros selepas melihat blog seorang kakak
tapi churros ini gaya saya...

"cuba try...churros namanye"
"macam kueh belimbing jer..."
" ..... "


"long, tadi aku buat churros.."
"gapo tu?"
"sejenis kueh la...sepatutnya bentuk dia macam bintang...ada bucu2 gitu...tapi kita mana ada benda alah tu...aku pakai 'supik' je la...hehe"
"macam kepok lekor dah aku tengok...hahaha"
"ore cicah dengan coklat or tabur gula ngn cinnamon pwdr...tapi mne ada menda alah tu semua...aku pakai je la susu pekat...habis jer"
"tak dop cinnamon pwdr, ko pakai je la yang tak pwder...hahaha"
"amboi...pastu gigit?hhaha"
"wase geli lak aku dengar ko crita...hahahahhahha"
" ....... "





 p/s: first time buat and tak tahu rasa sebenarnya...so tak sure jadi ke tak tapi aku asume jadi l...hehe