Sunday, January 1, 2012

2011 - 2012 = jejak belia metropolitan 2





Assalamualaikum..

kali ni Allah bagi peluang lagi untuk turut serta turun ke lapangan bersama-sama untuk Mini Karnival Dakwah Indahnya Islam dan Jejak belia Metropolitan 2. kali ni kami bertapak di Masjik Jamek.

petang hari terakhir 2011, bersama-sama sahabat lain turun ke sekitar masjid Jamek sehingga ke laluan Masjid India untuk menyelesaikan misi pertama: edarkan belon bergas dan kad ucapan kepada kanak2 dan belia bersempena karnival masjid yang inin menekankan kepentingan solat.

selesai tugasan pertama, kami juga sempat untuk bersama2 grup basking daripada masjid yang turut memeriahkan suasana. beberapa lagu sempat kami hayati. see, tak semestinya berdakwah kene ceramah je. banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk berdakwah terutamanya kepada belia.

malam tu, sebelum memulakan tugasan ke-2, kami bersantai2 sambil mendengar slot bual-santai bersama 3 orang ahli panel: wakil dari ABIM, GAMIS, dan PUM.

tepat jam 11.30, kami bersiap dan berkumpul untuk tugasan ke-2. kali ni, kami beramai2 turun ke Dataran Merdeka untuk bersama2 masyarakat yang ingin menyambut tahun baru. berbagai gelagat dapat kami lihat pada malam tu.

berdasarkan pemerhatian saya yang tak seberapa, rata2 yang datang pada malam tu kebanyakannya famili. mereka datang hanya untuk melihat bunga api. usai persembahan bunga api, mereka beransur pulang. hanya tinggal beberapa kerat manusia yang memilih untuk bersantai dan melepak disitu. tidak seperti pengalamanku pada tahun lepas di KLCC, suasana disana lebih meriah dengan manusia yang menyambut tahun baru dengan cara yang tidak sepatutnya.

jam 12.30, kami kembali ke masjid. sedikit ucapan daripada pihak masjid, dalam pukul 1.00pagi, kami grup ABIM-PKPIM turun kembali ke Dataran Merdeka dan Pudu untuk tugasan ke-3 kami. aku termasuk dalam golongan ke Dataran kembali.

penilaian yang aku buat sebelum turun lapangan sangat berbeza. aku kira ianya pasti dipenuhi dengan manusia lagi..namun ianya satu pandangan yang yang telah meleset jauh. kawasan itu hampir kosong. tinggal beberapa sahaja. namun kami sempat berborak dengan makcik, beberapa anak muda, dan pasangan.

tanpa disangka, pasangan yang belum berkahwin tu telah memberi kami beberapa nasihat daripada pengalamannya. kami jumpa pasangan ni di tengah2 padang sedang enak baring bersama. pasangan ni bekas mat rempit dan minah rempit. jangan ingat mereka tidak tahu hukum. kita sebagai pembantulah yang perlu menolong mereka untuk lebih mengenal hukum itu. buat bakal pengantin ini, kami ucapkan selamat pengantin baru.

sesungguhnya, pengalaman itu mengajar kita lebih tahu dan matang dalam kehidupan.


0 comments: