Thursday, November 24, 2011


"teruskan mengajak...jangan pernah merasa penat"

ayat daripada senior.
tapi kadang kala aku amat penat
amat lelah mengajak
aku juga mahu diajak
bukan jadi pengajak

aku seorang manusia
punya masa penat merana
namun ianya tak kemana
kerna aku bukan sesiapa
aku hanya hamba kelana
terkadang aku kecewa
dengan sikap manusia
tidak bersikap sepatutnya
mahu buat apa yang disukainya
tanpa fikir yang bakal menerima

aku tahu kau hebat
aku tahu kau gagah
aku juga tahu kau sudah diatas
tapi ingatlah...
ada lagi yang lebih atas, hebat, gagah darimu

kasihilah manusia
jangan pernah sakiti mereka
jika kau tak mahu disakiti mereka.

0 comments: