Monday, November 1, 2010

jourNey...

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum….

Alhamdulillah hari ni umur a.d.i.k 21 tahun, 2 bulan dan 15 hari…a.d.i.k bersyukur kerana masih dipanjangkan usia oleh Allah yang maha Esa…love you Allah…

Dah lama a.d.i.k tak mencoret perasaan kat mr.blog ni…hehe…sorry mr.blog…sekarangkan musim exam..kira macam busy study la[alasan]…haha…sebenarnya a.d.i.k dah lama nak post cerita perjalanan a.d.i.k tapi tak sempat…hehe…

Peristiwa ni berlaku pada 15hb oktober…hari tu a.d.i.k bersama-sama Arina, k.yuyi dan k.naheed serta 2 orang yang boleh dikira sebagai bodyguard yang tak berbayar la pergi ke sunway…hhehe…[jangan marah ye]…a.d.i.k diajak oleh kakak-kakak ni semua jadi a.d.i.k pun layan l…a.d.i.k ikut sebab a.d.i.k tak pernah buat benda ni…jadi a.d.i.k nak la cuba perkara yang baru bagi a.d.i.k walau ada yang dah biasa…nak taw apa yang a.d.i.k main kat sunway?hehe…mesti l g main…

Ice skating

Mula-mula a.d.i.k sampai kat tempat tu, kami kena tunggu sebab ada sesi latihan kat situ…bila a.d.i.k tengok yang sedang berlatih tu a.d.i.k rasa sedikit tercabar sebab yang sedang meluncur dengan penuh ke’terror’an tu budak…tapi pada masa yang sama ada perasaan cuak jugak…sebab tak taw macam mana nak gerak, berdiri, berenti dan macam-macam lagi…tapi a.d.i.k buat muka selambe je sebab nak cover line tak nak Nampak cuak…haha…

Mula-mula nak melangkah masuk ke dalam tempat tu, rasa macam nak tergolek..a.d.i.k pegang dinding dia dengan penuh semangat sebab takut jatuh…sampai ada orang cakap macam nak mendaki bukit kami bergerak sebab semuanya tak pandai main…haha…rasa macam payah nak imbang badan..rasa macam nak tergelincir pun ada…a.d.i.k cuba gak jalan sambil berpaut kat dinding…misi a.d.i.k nak abiskan satu round tanpa jatuh…tapi malangnya jatuh gak di tengah jalan…sakit taw…nak bangun tu punya l susah…ahaha…bila dah abis satu pusingan pertama, a.d.i.k teruskan lagi dan a.d.i.k cuba tak nak pegang dinding…sebahagian je yang Berjaya…ahaha…

Masa a.d.i.k tengah gigih berusaha, ada sorang mamat cina ni terjatuh dan bilah kasut dia kena kat kaki a.d.i.k…mula tu wase cam sakit jugak tapi degil tak nak gi check kat luar walau dah disuruh oleh sorang insan yang bantu a.d.i.k bangun…hehe…jauh kot dengan pintu dia…akhirnya sebanyak 5 pusingan Berjaya a.d.i.k buat berserta dengan 5 kali kejatuhan yang menyakitkan…huhu…basah lencur pakaian a.d.i.k…haha…tapi a.d.i.k bukan orang yang paling banyak jatuh taw…kira tak la teruk sangat…haha..

Kami main dari pukul 3 sampai 8 malam…haha…lama tu…pas habis main tu apa lagi kan sesi bergambar la…hehe

Pastu kami semua pegi solat dan isi perut yang tengah berkeroncong lagu zapin…masa makan tu kami jumpa k.aisah n d geng…lepas makan kami dok lepak dulu sampai kena halau kat pakcik cleaner sebab diorang dah nak tutup…haha…kami pun berunsur la tok balik sebab dah lewat sangat…masa balik tu badan semua dah sakit-sakit dah…dah l keesokan hari tu a.d.i.k ngan arina nak kena pegi program…memang cari musibah…tapi kami kan kuat…betul tak yna?hehe

~tenz sangat kawan2 semua sebab bagi can a.d.i.k cuba ice skating…best sangat…simpan angan2 nak pegi lagi next time…

~maaf buat senior sebab kami pergi lambat program tu sebab pegi main ni…laen kali akan cuba tak buat lagi dah…ok?hehe

0 comments: