Sunday, December 18, 2011

sabar itu indah~



Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Monday, December 5, 2011


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Selasa, 6hb Disember 2011)


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Insya'allah.. Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.




teringat bubur asyura. mahu~~







p/s: terima kasih t.i.n.t.a. PEMUDA atas perkongsian

Friday, December 2, 2011

baru~

Assalamualaikum...

welcome to the family...

ahlan wasahlan...







Saturday, November 26, 2011

Salam maal hijrah 1433H



"Jika kita tidak mampu menjadi

UMMAT yang membanggakan Rasulullah,

Jangan kita menjadi UMMAT

yang menyebabkan Rasulullah bersedih"


_____________. . . . . . . . ______________



Jom koreksi diri!

Salam Maal Hijrah 1433

Thursday, November 24, 2011

suatu hari nanti....


bila agaknya???

suatu hari nanti...

insyaAllah

akan ku tunggu impian itu

bersama impian-impian

yang beribu...

"teruskan mengajak...jangan pernah merasa penat"

ayat daripada senior.
tapi kadang kala aku amat penat
amat lelah mengajak
aku juga mahu diajak
bukan jadi pengajak

aku seorang manusia
punya masa penat merana
namun ianya tak kemana
kerna aku bukan sesiapa
aku hanya hamba kelana
terkadang aku kecewa
dengan sikap manusia
tidak bersikap sepatutnya
mahu buat apa yang disukainya
tanpa fikir yang bakal menerima

aku tahu kau hebat
aku tahu kau gagah
aku juga tahu kau sudah diatas
tapi ingatlah...
ada lagi yang lebih atas, hebat, gagah darimu

kasihilah manusia
jangan pernah sakiti mereka
jika kau tak mahu disakiti mereka.

Tuesday, November 15, 2011

Raya korban 2011

Aidiladha 2011
di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Kelantan

seronok sangat


Tukang sembelih : Atok a.k.a Che'
Tukang takbir : Abah
Tukang lapah & bahagi daging : saudara-mara & jiran sekampung
Tukang tengok : Semua yang terlibat & wujud di situ...hehe
Tukang masak : Ma & my sisters

Tukang makan : semua yang berkenaan diatas [termasuk yang menaip]...

p/s: qualiti video kurang memuaskan. akan cuba menambah baik qualiti pada masa hadapan...

popia sosej

Bahan-bahan:
cara-cara:

Monday, November 14, 2011

Food~

lagi makanan pelik...
kali ni sejenis kekacang
[tak tahu nama kacang ni]
my mum tanam...
sedap...
bentuk dia pun unik...
hehe

Food~

'sang kancil dan sang buaya'

pernah makan kancil?

saya pernah...

betul-betul punya...

hehe...

agak sedap...hehe
bestt...kancil goreng kunyit..
nyumm nyumm..